Artikel ini kami akan memberi panduan bagaimana untuk anda membuat pilihan laptop terbaik. Dalam landskap teknologi yang sentiasa berkembang, harga produk dan perkhidmatan teknologi perlu dinilai dengan teliti sebelum membeli samada laptop baru atau laptop refurbished. Dalam artikel ini, kami akan memberi kelebihan laptop refurbished berbanding laptop baru. Artikel ini dibuat bagi membantu anda membuat keputusan pembelian dengan bijak dan berasaskan pertimbangan praktikal.
Meneliti Laptop Refurbished atau Laptop Baru
Ia mungkin nampak mudah, hakikatnya kebanyakan pelanggan sangat keliru bagi menentukan produk mana yang ingin dibeli. Pilihan antara laptop refurbished dan yang baru bergantung kepada beberapa faktor. Walaupun Laptop baru menawarkan teknologi terkini, jaminan lebih lama, dan pelbagai pilihan kepada pelanggan, namun laptop refurbished pula menawarkan penjimatan kos serta jaminan kualiti. Berikut adalah perincian mengenai laptop refurbished:
Kelebihan Laptop atau Komputer Refurbished
Memilih laptop refurbished menawarkan pelbagai kelebihan berbanding laptop baru; antaranya adalah seperti berikut:
1) Menjimatkan Kos
Kos permulaan yang tinggi merupakan satu masalah besar buat dalam memiliki laptop baru. Ini kerana kos untuk sebuah laptop baru jauh lebih tinggi berbanding kos laptop refurbished. Memandangkan kebanyakan laptop refurbished berharga satu pertiga daripada harga laptop baru, ia merupakan pilihan yang lebih berbaloi sekiranya anda memilih laptop yang refurbished.
Laptop refurbished boleh didapati pada harga yang jauh lebih rendah berbanding laptop baru, dengan penjimatan kos mencecah sehingga 70% daripada harga asal. Kelebihan kos ini membolehkan anda memperoleh sistem canggih yang mungkin berada di luar kemampuan bajet sekiranya anda membeli laptop yang baru.
2) Mesra Alam Sekitar
Pembuatan laptop baru memerlukan pengambilan dan penghasilan bahan mentah dalam kuantiti yang besar. Malah, pelupusan laptop lama juga boleh menjadi sukar disebabkan oleh sifat sisa elektronik e-waste yang tidak boleh terurai secara semula jadi. Pelupusan yang tidak betul menyebabkan pencemaran dan membebaskan bahan toksik seperti arsenik, merkuri, plumbum, dan bahan kalis api berbromin (BFR).
Memilih laptop refurbished berbanding laptop baru sekaligus membantu anda mengurangkan sisa elektronik serta menyokong pilihan yang lebih lestari. Dengan memanjangkan jangka hayat penggunaan sistem sedia ada, anda bukan sahaja mengelakkan sistem tersebut daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, malah turut memelihara sumber alam sekitar.
3) Pemeriksaan dan Pembaikan yang Teliti
Apabila membeli laptop yang telah dibaik pulih, anda akan memperoleh produk yang memenuhi piawaian prestasi. Pihak kami sentiasa melakukan kerja baik pulih dan menguji serta membaiki laptop sebelum menjualnya kepada pelanggan kami. Kebanyakan aspek ini bagi memastikan anda mendapat sistem berkualiti tinggi tanpa sebarang aplikasi tersembunyi.
Sebagai penjual laptop terpakai yang diperbaharui yang bereputasi baik, kami di Didi Komputer sentiasa menjaga aspek sokongan selepas jualan. Sebab itu kami di Didi Komputer menawarkan perlindungan waranti yang fleksibel. Sekiranya anda membeli dengan kami, tempoh perlindungan anda bergantung kepada tempoh warranty yang anda pilih apabila anda membeli setiap produk di kedai kami.
Selain dari itu juruteknik kami yang berpengalaman sentiasa akan memastikan laptop yang anda beli, menampilkan teknologi terkini dari segi pemprosesan, sistem bunyi, dan prestasi yang terbaik. Komponen-komponen yang dipasang adalah dalam prestasi yang baik, optimum, dan mempunyai keupayaan untuk mengendalikan pelbagai tugas .
Jom apa tunggu lagi, jom ke kedai kami untuk memilih laptop kegemaran, kami kini berada di Pulau Pinang, Kulim, Alor Setar dan Sungai Petani.

